FAQ
PELITAWANIS TNBBagaimana cara membuat potongan gaji untuk bayaran yuran tahunan ahli PTNB?
Cawangan hanya perlu majukan senarai nama ahli & nombor pekerja (excel format) yang telah disahkan benar kepada Bahagian Pengurusan Gaji (email: [email protected]). Cara potongan gaji perlu dimaklumkan samada potongan secara suku tahunan, dua kali setahun ataupun setahun sekali mengikut kesesuaian cawangan masing-masing.
Apakah tuntutan yang dibenarkan untuk seorang ahli yang merupakan pekerja TNB dan apakah kelayakkannya?
Ahli PTNB yang merupakan pekerja TNB boleh membuat tuntutan kepada syarikat hanya untuk aktiviti rasmi yang dianjurkan oleh PTNB Kebangsaan sahaja dengan menyertakan surat kelulusan dari syarikat (yang akan diuruskan oleh Urusetia PTNB). Kelayakan adalah mengikut terma & syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat berdasarkan kelayakan masing-masing.
Apakah contoh tuntutan yang dibenarkan untuk aktiviti PELITAWANIS TNB?
Contoh aktiviti rasmi PTNB yang dibenarkan antaranya Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan, semua aktiviti berkaitan dengan sukan, Pertandingan Nasyid atau lain-lain program/aktiviti yang dianjurkan oleh PTNB Kebangsaan dari masa ke semasa.
Persoalan berkaitan dengan penginapan/pengangkutan bagi ahli yang merupakan suri rumah
Cadangan adalah untuk berkongsi dengan ahli yang bekerja. Untuk makluman, AJK PTNB Kebangsaan juga mengamalkan perkara yang sama. Atau mengikut budi bicara/kesesuaian cawangan masing-masing.
Bolehkah ahli memilih untuk menjadi ahli di cawangan yang mereka sukai?
Boleh.
Apakah no caj kod untuk mendapatkan perkhidmatan kenderaan dari JFM?
Nombor caj kod adalah JO055391500
Apakah ahli PTNB yang merupakan suri rumah di lindungi insuran TNB?
Ya, semua ahli PTNB dilindungi insuran TNB secara berkelompok bagi semua aktiviti rasmi PTNB.
Sekiranya terjadi kemalangan, ahli PTNB yang merupakan suri rumah turut sama menggunakan kenderaan syarikat untuk aktiviti rasmi PTNB, adakah mereka dilindungi?
Ya, mereka masih dilindungi kerana dalam perjalanan ke tempat aktiviti.
Apakah aktiviti Kebangsaan yang dianjurkan bersama dengan cawangan?
Antara aktiviti Kebangsaan yang dijalankan bersama dengan cawangan adalah seperti program Ceria Ke Sekolah, Better Brighter’, Sukan Tradisional, penyediaan Bingkisan Aidilfitri untuk TNB dan lain-lain berdasarkan aktiviti/program yang dirancang pada setiap tahun.
Perlukah borang pertukaran cawangan diisi?
Perlu.
Sekiranya isteri Ketua Jabatan yang tertinggi di cawangan tersebut tidak dapat menjadi Pengerusi atas sebab-sebab tertentu, siapakah calon lain yang sesuai untuk mengisi tempat tersebut?
Seorang pegawai wanita tertinggi di tempat tersebut boleh dilantik sebagai Pengerusi atau isteri kepada salah seorang pegawai tertinggi lelaki yang lain boleh dilantik mengikut budi bicara Ketua Jabatan atau dipilih oleh PTNB Kebangsaan.
Bagaimanakah cawangan hendak mengadakan aktiviti sekiranya cawangan tiada kewangan yang banyak?
Cawangan perlu kreatif untuk menambah dana. Tiada cawangan pun yang terus bermula dengan dana yang banyak tetapi mereka berusaha dengan pelbagai cara untuk meningkatkan kewangan mereka. Ini perlu kerjasama dan usaha dari semua ahli & AJK. Walau bagaimanapun, tidak semua aktiviti memerlukan dana yang banyak dan cawangan masih boleh menjalankan aktivti di premis syarikat atau tempat-tempat yang tidak perlu bayaran.
Bagaimana menangani Ketua Jabatan yang tidak memberi kerjasama dan tidak menggalakkan aktiviti berpersatuan di pejabat?
Semua ahli-ahli PTNB perlu menunjukkan komitmen yang tinggi di tempat kerja dan pastikan aktiviti PTNB tidak menjejaskan kerja-kerja pejabat. Ketua Jabatan juga perlu diberi gambaran yang PTNB turut membantu syarikat dalam memastikan pekerja-pekerja ada ‘work life balance’ yang dapat membawa ke arah produktiviti syarikat.
Siapakah yang layak untuk menjadi ahli seumur hidup?
Semua ahli-ahli biasa (atau suami ahli biasa) yang akan/baharu menamatkan perkhidmatan mereka dengan TNB samada bersara, tamat kontrak atau meletak jawatan. Kelulusan adalah atas pertimbangan Jawatankuasa PTNB Kebangsaan.