ALOR SETAR – Jelajah Sinar PELITAWANIS TNB Prihatin diketuai Yang DiPertua Kebangsaannya, Datin Noor Aizah Abdul Karim menyantuni 89 keluarga mangsa banjir dan asnaf di tiga daerah di negeri ini, awal bulan ini.
Bermula di Pendang, beliau menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 61 keluarga mangsa banjir di Pusat Perpindahan Sementara (PPS), Dewan Pusat Rakan Sukan, Tanah Merah dan mengagihkan bungkusan makanan kepada anak-anak mangsa.
Rombongan PELITAWANIS kemudian bersama Pertubuhan Saidatina Khatijah Padang Terap untuk menyantuni 26 keluarga asnaf di DUN Pedu, yang terkesan dengan pandemik COVID-19 serta dilanda banjir.
Terdahulu, dua ahli PELITAWANIS cawangan Alor Setar, Nor Farhani Mansor dan Syabira Wazi Harun yang turut menjadi mangsa banjir, turut diberikan bantuan bagi meringankan beban masing-masing. – SA
– Lapor Nasriza Sahbudin