Impak Wanita Jayakan ESG

by | Feb 26, 2024 | Uncategorized | 0 comments

Walaupun hanya berjumlah sekitar 6,000 daripada keseluruhan 35,000 warga kerja, wanita dalam keluarga besar TNB sebenarnya mempunyai peranan penting dalam melaksanakan perubahan mengikut hala tuju kelestarian sejajar agenda ESG.

Jadi, mahu tidak mahu, tenaga wanita harus dibawa bersama dalam memimpin, memberi idea malah sebagai pelaksana agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus dalam Syarikat, masyarakat dan negara.

 Apatah lagi dengan karakter umumnya yang lebih penyayang, penyabar, teliti dan cermat, wanita mampu memberi impak sama ada sebagai isteri, ibu, pekerja dan orang awam, malah sebagai pemimpin mahupun yang dipimpin.

Lebih mantap, apabila setiap tanggungjawab disempurnakan dengan menerapkan nilai-nilai teras budaya TNB – Profesionalisme, Integriti, Prihatin, Kerjasama, Berwawasan dan Mengutamakan Pelanggan.

Menyedari hal itu, gandingan PELITAWANIS, PKPI dan TNB ILSAS pada Oktober lalu menganjurkan TNB Women Summit 2022 secara hibrid dengan tema Women in ESG Creating An Impact For A Sustainable Future.

Persidangan sehari itu memberi pendedahan, inspirasi dan mengenal pasti peluang untuk para wanita TNB menjadi agen perubahan dengan melibatkan diri secara langsung dalam pelbagai aktiviti ESG.