Pengerusi, Dato’ Sri Hasan Arifin merasmikan Program Kacau dan Agihan Dodol 2022 anjuran KKKL dengan kerjasama PKPI WP Kuala Lumpur dan Selangor serta Pelitawanis TNB (Ibu Pejabat) pada 22 April lalu.
Program bertujuan menyemarakkan semangat kekeluargaan, memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan anggota kerja dan pengurusan tertinggi. Sebanyak 1,000 pek dodol dihasilkan untuk diagihkan kepada warga kerja TNB di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.