Syarikat tidak pernah lupa menyediakan Bingkisan Kuih Raya buat warga kerjanya yang bertugas giliran dan tunggu sedia di seluruh negara pada 1 Syawal nanti, meskipun berdepan dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun yang lalu.
Tradisi ini adalah tanda kebersamaan seluruh warga kerja serta keprihatinan Syarikat terhadap warga kerja yang perlu memastikan bekalan elektrik tidak terganggu lebih-lebih lagi pada hari raya.
Tahun ini, lebih 80 orang ahli-ahli PELITAWANIS TNB dari cawangan Dua Sentral, Kepong, Klang, Kapar, Petaling Jaya, Ibu Pejabat, Glenmarie dan Shah Alam berganding bahu menyiapkan 9,900 Bingkisan Kuih Raya.
Kerja-kerja pembungkusan yang bermula pada akhir Mac lalu telah berjaya disiapkan pada minggu lalu. Setiap pek bingkisan disi dengan dua jenis kuih, sejenis kerepek dan kek serta air kotak.
Majlis Penyerahan Bingkisan Kuih Raya disempurnakan oleh Pengerusi, Dato Sri Hasan Arifin kepada wakil-wakil setiap bahagian dan jabatan. Turut hadir Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir Baharin Din. – PM