BANGSAR – TNB berterusan mempamerkan kebersamaan dan keprihatinan terhadap rakyat dengan tidak putus-putus menyumbang pelbagai peralatan klinikal untuk keperluan beberapa buah hospital dalam negara.
Ahad lalu, PELITAWANIS TNB menyumbangkan satu unit mesin hemodialisis dan 10 buah kerusi roda kepada Hospital Kuala Nerang untuk kegunaan pesakit, menggunakan dana hasil kutipan Majlis Malam Amal PELITAWANIS TNB 2020.
Majlis penyerahan disempurnakan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Bulan lalu, Mahdzir turut menyempurnakan penyerahan dua buah kontena sejuk beku kepada Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Selain kontena sejuk beku, Hospital Sultanah Bahiyah turut menerima dua unit Alat Pernafasan dengan Penyaring Udara Berkuasa (PAPR) yang amat diperlukan pada masa ini, menjadikan keseluruhan sumbangan dua kontena dan dua peralatan itu bernilai RM165,000.
Pada bulan lalu juga, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor menerima bantuan pelbagai alatan klinikal dari TNB termasuk katil pesakit, katil kanvas, 5L oxygen concentrator, ramp mobile dan pelbagai barangan perubatan kegunaan pesakit COVID-19. – SA
– Lapor Asma’ Razak
Sumbangan unit mesin hemodialisis dan kerusi roda kepada Hospital Kuala Nerang
Sumbangan kontena sejuk beku dan unit alat penafasan kepada Hospital Sultanah Bahiyah
Sumbangan pelbagai alatan klinikal dan barangan perubatan kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah